Selasa, 12 Maret 2013

✽9 WANITA “SITI” YANG PERLU DIJADIKAN CONTOH OLEH KITA✽

✽9 WANITA “SITI” YANG PERLU DIJADIKAN CONTOH OLEH KITA✽ 1) Siti Khadijah ♥Beliau merupakan isteri Rasulullah yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'. 2) Siti Fatimah ♥Putri Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu. 3) Siti Aishah ♥Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama. 4) Siti Hajar ♥Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan ﷲ . Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan ﷲ demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorag ibu mithali). 5) Siti Mariam ♥Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh ﷲ untuk mengandungkan Nabi Isa. 6) Siti Asiah ♥Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah. 7) Siti Aminah ♥Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia. 8) Siti Muti'ah ♥Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan ﷲ syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja. 9 ) Siti Zubaidah ♥Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat karena ﷲ Wallahu a’lam bish-shawab.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar