Selasa, 12 Maret 2013
be patient n always positif thinking
jangan mengeluh
✽9 WANITA “SITI” YANG PERLU DIJADIKAN CONTOH OLEH KITA✽
✽9 WANITA “SITI” YANG PERLU DIJADIKAN CONTOH OLEH KITA✽
1) Siti Khadijah
♥Beliau merupakan isteri Rasulullah yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.
2) Siti Fatimah
♥Putri Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti Aishah
♥Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.
4) Siti Hajar
♥Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan ﷲ . Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan ﷲ demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorag ibu mithali).
5) Siti Mariam
♥Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh ﷲ untuk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah
♥Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah
♥Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8) Siti Muti'ah
♥Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan ﷲ syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.
9 ) Siti Zubaidah
♥Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat karena ﷲ
Wallahu a’lam bish-shawab.
Langganan:
Postingan (Atom)